24 jan 2015, Penglibatan Pelajar MATAH dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Anjuran JKKK Janda Baik telah diadakan. Terima kasih kepada JKKK atas jemputan. Semoga program yang dianjurkan memberi manfaat dan berkat buat semua pihak.
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W
JAWATAN KOSONG
KEM SMART TAHFIZ 2016
1.0 PENGENALAN
Program KEM SMART TAHFIZ inimerupakansalahsatudaripadaaktiviti MATAH yang diadakanbagimelahirkanparahuffaz yang bukansahajasekadarpenghafaz AL-Quran malahaktif, kreatifdaninovatif.
Bertepatandengan hadith nabi yang bermaksud:-
“ Akal yang cerdasdaritubuhbadan yang cergas”
2.0 RASIONAL
Membenihhubungansilaturahimdanmemupukkecintaandanminatterhadap Al-Quran merupakansalahsatu agenda untukmenghidupkansyiar Islam di sampinguntukmemahirkanbacaan Al-Quran danmemupukkesedaranakanSMART Al-Quran.
Kepada yang berminat untuk menyertai Kem ini sebagai pengisian cuti sekolah anak-anak, jangan lepaskan peluang. Daftar sekarang! YURAN PENYERTAAN HANYA RM360 untuk 4 hari 3 malam di Janda Baik, Bentong, 2 Sesi - 5 - 8 Dis atau 10 - 13 Dis 2015. DAFTAR SEKARANG. PENYERTAAN TERHAD!
Hubungi talian seperti yang tertera di atas. Harap maklum
PENGAMBILAN BARU MATAH SESI 2016 TELAH DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN. TEMPAT TERHAD!!
Untuk pendaftaran online atau memuat turun borang permohonan sila klik link berikut---> http://www.alhidayah-tahfiz.com/permohonan/borang-permohonan.html
QALAM HUFFAZ - mutiara baru MATAH
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah kurniaNya dapat sama sama kita menikmati anugerah daripadaNya. Tidak mungkin seorang manusia pun boleh hidup tanpa bantuan dan belas ihsan daripada Allah swt. Moga moga hidup kita ini diberkati dan dirahmati selamanya.
Tahun 2016 telah menjadi satu fenomena baru dalam Maahad Tahfiz Al Hidayah (MATAH), dengan pelbagai program dan rancangan yang telah diatur oleh pihak pengurusan dan tenaga pengajar MATAH. Salah satunya ialah penerbitan Buletin sulung daripada MATAH yang ditulis sendiri daripada tenaga pengajar dan pelajar. Buletin ini diberi nama "Qalam Huffaz". Qalam Huffaz akan diterbitkan sebulan sekali dengan pengupas ilmu fardu ain yang digarap sendiri oleh ustaz ustaz MATAH.
Untuk bulan januari, Qalam Huffaz telah diterbitkan dan Puan puan dan Tuan tuan. Terima Kasih dan Salam Sejahtera.
QALAM HUFFAZ - Akademik dan Tahfiz
Keluaran kedua Buletin Qalam Huffaz isu Febuari 2016 yang mengupaskan tentang kaitan akademik dan tahfiz. Selain itu, penulisan daripada para ustaz Maahad Tahfiz Al Hidayah tentang beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Terima Kasih
JAWATAN KOSONG 2016 - TENAGA PENGAJAR
JAWATAN KOSONG -
MUDIR / GURU TAHFIZ / WARDEN ASRAMA
Maahad Tahfiz Al Hidayah (MATAH) yang ditubuhkan pada 2013 adalah sebuah institusi pengajian tahfiz yang memberi penekanan kepada kualiti pengajian pondok dan memberi nafas baru kearah melahirkan huffaz yang profesional, dinamik dan berdaya saing.
Seiring dengan perkembangan operasinya di Janda Baik dan pengoperasian sebuah lagi Maahad Tahfiz untuk pelajar perempuan - MATAH (Lil Banat) di Bentong, Pahang pada awal tahun 2017, pihak kami sedang mencari calon-calon yang berkebolehan serta mempunyai kelayakan yang sesuai untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-
A. MUDIR/PENGETUA (LELAKI / PEREMPUAN) - 2 Kekosongan
Skop dan tanggungjawab kerja:
1. Merancang dan melaksanakan polisi dan garispanduan pembangunan dan operasi MATAH;
2. Menyelaras segala aktiviti dan perhubungan antara MATAH dengan pihak luar dan pihak berkuasa;
3. Merancang dan melaksanakan belanjawan tahunan MATAH;
4. Menguruskan penjenamaan dan pemasaran imej MATAH kepada pihak luar;
5. Memantau prestasi dan pencapaian tenaga pengajar dan pelajar MATAH mengikut KPI yang telah ditetapkan;
6. Membina sahsiah diri pelajar supaya pelajar sentiasa berakhlak mulia mengikut Al Quran dan Sunnah.
7. Menguruskan keseluruhan aktiviti pengurusan & pentadbiran operasi MATAH merangkumi aspek pengajaran dan pembelajaran, taqwim sekolah, rekod pelajar, disiplin dan peraturan sekolah, asrama dan aktiviti kokurikulum;
8. Boleh berkomunikasi dengan ibubapa pelajar dengan berkesan;
Kelayakan:
1. Terbuka kepada Lelaki dan Perempuan beragama Islam dan berumur 30 tahun ke atas;
2. Mempunyai pengalaman mengajar di Maahad Tahfiz dan pernah terlibat secara lansung dengan pengurusan operasi Mahaad Tahfiz akan diberi keutamaan;
3. Menghafal Al Quran (mempunyai sijil atau pengesahan)
4. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf atau setaraf dengannya;
5. Boleh bertutur dalam bahasa Arab;
6. Mempunyai skil Komunikasi, Perancangan & Perlaksanaan yang baik;
7. Boleh bekerja secara berpasukan dan mampu memberi komitmen 100% pada kerja;
B. WARDEN ASRAMA / GURU HAFAZAN (LELAKI) 1 Kekosongan Segera
Skop dan tanggungjawab kerja:
1. Boleh mengawal selia pelajar yang tinggal di asrama termasuk keselamatan dan kebajikan pelajar, pergerakan pelajar, disiplin pelajar, sahsiah diri dan aktiviti lain dengan penuh tanggungjawab;
2. Memastikan kebersihan diri pelajar dan persekitaran asrama sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal;
3. Memastikan penyediaan makanan oleh pihak katerer mengikut jadual dan berkualiti;
4. Boleh berkomunikasi dengan ibubapa pelajar dengan berkesan;
5. Mengajar pelajar-pelajar membaca dan menghafal Al Quran;
6. Mengajar pelajar-pelajar dalam subjek Agama Islam dengan baik;
Kelayakan:
1. Terbuka kepada beragama Islam dan berumur diantara 21-25 tahun;
2. Mempunyai pengalaman bertugas sebagai warden dan guru di peringkat sekolah menengah;
3. Menghafal Al Quran (mempunyai sijil atau pengesahan);
4. Memiliki Diploma yang diiktiraf atau setaraf dengannya;
5. Boleh bekerja secara berpasukan dan mampu memberi komitmen 100% pada kerja.
C. GURU TAHFIZ / HAFAZAN (LELAKI / PEREMPUAN) - 3 Kekosongan
Skop dan tanggungjawab kerja:
1. Mengajar pelajar-pelajar membaca dan menghafal Al Quran;
2. Mengajar pelajar-pelajar dalam bahasa Arab dan subjek Agama Islam dengan baik;
3. Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai KPI yg ditetapkan;
4. Membina sahsiah diri pelajar supaya pelajar sentiasa berakhlak mulia mengikut Al Quran dan Sunnah;
5. Merancang dan melaksanakan aktiviti ko-kurikulum pelajar dengan baik;
6. Boleh berkomunikasi dengan ibubapa pelajar dengan berkesan;
Kelayakan:
1. Terbuka kepada Lelaki dan Perempuan beragama Islam dan berumur 22-30 tahun;
2. Mempunyai pengalaman mengajar di Maahad Tahfiz atau peringkat sekolah menengah;
3. Menghafal Al Quran (mempunyai sijil atau pengesahan);
4. Memiliki Diploma / Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf atau setaraf dengannya;
5. Mahir bertutur dalam bahasa Arab;
6. Boleh bekerja secara berpasukan dan mampu memberi komitmen 100% pada kerja.
Cara Memohon:
Calon-calon yang berminat boleh menghantar permohonan melalui email beserta dengan resume dan gaji yang dipohon ke :
alhidayah.recruit@gmail.com
atau whatsup kepada nombor talipon
019 241 4200 sebelum 10 Oktober 2016.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya tuan/puan tidak dihubungi selewat-lewatnya sebulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan anda tidak berjaya.
Gaji untuk setiap jawatan akan mengikut pengalaman dan kelayakan calon-calon.
Hj Lokman
25 September 2016
PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR 2017 DIBUKA SEKARANG!!!
Assalamualaikum, permohonan kemasukan pelajar bagi sesi 2017 telah dibuka sekarang. Boleh rujuk pada flyers kami untuk maklumat lanjut. Terima Kasih
TERIMA KASIH
KEM SMART TAHFIZ 2016
KEM SMART TAHFIZ 2017 - KINI DIBUKA PENDAFTARAN
Assalamualaikum wbt,
Berita baik untuk ibu bapa dan adik adik sekalian yang tidak memiliki perancangan untuk mengisi cuti akhir tahun 2017. kami telah mewar warkan satu kem yang bermanfaat untuk adik adik sekalian.
JANGAN TUNGGU LAGI!! DAFTAR SEKARANG PADA NOMBOR DI DALAM FLYERS KAMI..
BAYARAN YANG BEGITU BERPATUTAN
TEMPAT YANG BEGITU MENARIK
DAN LOKASI YANG BERHAMPIRAN LEMBAH KLANG
KEPUTUSAN TEMUDUGA PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN 2017
KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN TAHUN 2017
Assalamualaikum wbt,
Perhatian kepada semua pemohon pemohon bagi kemasukan ke Maahad Tahfiz Al Hidayah bagi TAHUN 2017, Keputusan permohonan anda akan diketahui pada 21, 22 da 23 November 2017 melalui email yang didaftarkan atau panggilan telefon.
Permohonan masih lagi dibuka untuk kemasukan bagi tahun 2017 untuk semua tingkatan.
Sekian, Terima Kasih.
PENGAMBILAN BARU MATAH SESI 2016 TELAH DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN. TEMPAT TERHAD!!
Untuk pendaftaran online atau memuat turun borang permohonan sila klik link berikut---> http://www.alhidayah-tahfiz.com/permohonan/borang-permohonan.html
Sesi Bergambar Tahunan 2017
JADIKAN SUATU KENANGAN ITU INDAH
SESI FOTOGRAFI MAAHAD TAHFIZ AL HIDAYAH (MATAH) 2017
Alhamdulillah, pada 20 Feb 2017 telah berlangsungnya sesi fotografi tahunan 2017. Sesi ini akan dilakukan pada awal tahun bagi merakamkan kenangan para pelajar dan guru seterusnya dapat menjadikan memori yang indah di sini.
Terima kasih semua!!!
KEMASUKAN JULAI DAN OGOS 2017
JOM MASUK@MATAH AMBILAN JULAI DAN OGOS 2017
SILA MEMBUAT PENDAFTARAN ONLINE!!! KLIK SINI.
SETELAH MEMBUAT PENDAFTARAN, PIHAK KAMI AKAN MENGHATAR EMAIL YANG DI DAFTARKAN UNTUK SESI TEMUDUGA YANG AKAN DIJALANKAN DALAM MASA TERDEKAT. MAKA PASTIKAN EMAIL YANG ANDA DAFTARKAN ITU MUDAH DI ACCESS DAN TIADA MASALAH. TERIMA KASIH