Quantcast
Channel: Berita & Peristiwa
Viewing all articles
Browse latest Browse all 13

JAWATAN KOSONG 2016 - TENAGA PENGAJAR

$
0
0

JAWATAN KOSONG - 
MUDIR / GURU TAHFIZ / WARDEN ASRAMA

Maahad Tahfiz Al Hidayah (MATAH) yang ditubuhkan pada 2013 adalah sebuah institusi pengajian tahfiz yang memberi penekanan kepada kualiti pengajian pondok dan memberi nafas baru kearah melahirkan huffaz yang profesional, dinamik dan berdaya saing.

Seiring dengan perkembangan operasinya di Janda Baik dan pengoperasian sebuah lagi Maahad Tahfiz untuk pelajar perempuan - MATAH (Lil Banat) di Bentong, Pahang pada awal tahun 2017, pihak kami sedang mencari calon-calon yang berkebolehan serta mempunyai kelayakan yang sesuai untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-

A. MUDIR/PENGETUA (LELAKI / PEREMPUAN) - 2 Kekosongan

Skop dan tanggungjawab kerja:

1. Merancang dan melaksanakan polisi dan garispanduan pembangunan dan operasi MATAH;

2. Menyelaras segala aktiviti dan perhubungan antara MATAH dengan pihak luar dan pihak berkuasa;

3. Merancang dan melaksanakan belanjawan tahunan MATAH;

4. Menguruskan penjenamaan dan pemasaran imej MATAH kepada pihak luar;

5. Memantau prestasi dan pencapaian tenaga pengajar dan pelajar MATAH mengikut KPI yang telah ditetapkan;

6. Membina sahsiah diri pelajar supaya pelajar sentiasa berakhlak mulia mengikut Al Quran dan Sunnah.

7. Menguruskan keseluruhan aktiviti pengurusan & pentadbiran operasi MATAH merangkumi aspek pengajaran dan pembelajaran, taqwim sekolah, rekod pelajar, disiplin dan peraturan sekolah, asrama dan aktiviti kokurikulum;

8. Boleh berkomunikasi dengan ibubapa pelajar dengan berkesan;

Kelayakan:

1. Terbuka kepada Lelaki dan Perempuan beragama Islam dan berumur 30 tahun ke atas;

2. Mempunyai pengalaman mengajar di Maahad Tahfiz dan pernah terlibat secara lansung dengan pengurusan operasi Mahaad Tahfiz akan diberi keutamaan;

3. Menghafal Al Quran (mempunyai sijil atau pengesahan)

4. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf atau setaraf dengannya;

5. Boleh bertutur dalam bahasa Arab;

6. Mempunyai skil Komunikasi, Perancangan & Perlaksanaan yang baik;

7. Boleh bekerja secara berpasukan dan mampu memberi komitmen 100% pada kerja;

B. WARDEN ASRAMA / GURU HAFAZAN (LELAKI) 1 Kekosongan Segera

Skop dan tanggungjawab kerja:

1. Boleh mengawal selia pelajar yang tinggal di asrama termasuk keselamatan dan kebajikan pelajar, pergerakan pelajar, disiplin pelajar, sahsiah diri dan aktiviti lain dengan penuh tanggungjawab;

2. Memastikan kebersihan diri pelajar dan persekitaran asrama sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal;

3. Memastikan penyediaan makanan oleh pihak katerer mengikut jadual dan berkualiti;

4. Boleh berkomunikasi dengan ibubapa pelajar dengan berkesan;

5. Mengajar pelajar-pelajar membaca dan menghafal Al Quran;

6. Mengajar pelajar-pelajar dalam subjek Agama Islam dengan baik;

Kelayakan:

1. Terbuka kepada beragama Islam dan berumur diantara 21-25 tahun;

2. Mempunyai pengalaman bertugas sebagai warden dan guru di peringkat sekolah menengah;

3. Menghafal Al Quran (mempunyai sijil atau pengesahan);

4. Memiliki Diploma yang diiktiraf atau setaraf dengannya;

5. Boleh bekerja secara berpasukan dan mampu memberi komitmen 100% pada kerja.

C. GURU TAHFIZ / HAFAZAN (LELAKI / PEREMPUAN) - 3 Kekosongan

Skop dan tanggungjawab kerja:

1. Mengajar pelajar-pelajar membaca dan menghafal Al Quran;

2. Mengajar pelajar-pelajar dalam bahasa Arab dan subjek Agama Islam dengan baik;

3. Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai KPI yg ditetapkan;

4. Membina sahsiah diri pelajar supaya pelajar sentiasa berakhlak mulia mengikut Al Quran dan Sunnah;

5. Merancang dan melaksanakan aktiviti ko-kurikulum pelajar dengan baik;

6. Boleh berkomunikasi dengan ibubapa pelajar dengan berkesan;

Kelayakan:

1. Terbuka kepada Lelaki dan Perempuan beragama Islam dan berumur 22-30 tahun;

2. Mempunyai pengalaman mengajar di Maahad Tahfiz atau peringkat sekolah menengah;

3. Menghafal Al Quran (mempunyai sijil atau pengesahan);

4. Memiliki Diploma / Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf atau setaraf dengannya;

5. Mahir bertutur dalam bahasa Arab;

6. Boleh bekerja secara berpasukan dan mampu memberi komitmen 100% pada kerja.

Cara Memohon:

Calon-calon yang berminat boleh menghantar permohonan melalui email beserta dengan resume dan gaji yang dipohon ke :

alhidayah.recruit@gmail.com 
atau whatsup kepada nombor talipon
019 241 4200 sebelum 10 Oktober 2016.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya tuan/puan tidak dihubungi selewat-lewatnya sebulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan anda tidak berjaya.

Gaji untuk setiap jawatan akan mengikut pengalaman dan kelayakan calon-calon.

Hj Lokman 
25 September 2016


Viewing all articles
Browse latest Browse all 13

Trending Articles